Klik Sini Jika Anda Berminat Beriklan Dengan Kami

Pentingnya berfikiran positif..

Pentingnya berfikiran positif..


Assalamualaikum....

Salam diberi kepada yang beragama Islam dan salam sejahtera diucapkan kepada yang bukan beragama Islam. Hari ni, selepas ditegur oleh beberapa anon yang mahukan penulisan Nizam Ijam lebih formal, lebih berisi, bukan sekadar mengarut. Untuk pengetahuan semua, saya mampu untuk buat penulisan yang serba formal seperti ini. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana 'entry' yang bertulisan formal seperti ini akan diterima pembaca. Untuk memenuhi hati sesetengah pihak. Saya sediakan khas 'entry' yang formal seperti ini.



Sesetengah manusia memang dilahirkan lebih kepada sifat negatif daripada sifat positif. Sepanjang hidup dia, yang positif pun jadi negatif. Ini sebenarnya antara faktor yang mengagalkan seseorang individu. Sepertimana yang kita tahu, Permikiran positif ini sangat penting untuk memotivasikan diri seseorang individu itu untuk lebih berjaya. Setiap perkataan adalah doa. Jika yang positif yang keluar dari mulut kita. Maka baik lah doa yang kita panjatkan. Sebab itu benda yang paling tajam dalam dunia adalah Lidah.

Bila kita berfikiran positif, setiap perkara yang negatif kita pandang dari sudut positif. Kesannya kita akan lebih tenang ketika mengalami situasi yang mencemaskan. Apabila kita tenang menghadapi situasi yang cemas, kita akan berjaya menyelesaikan situasi tersebut dengan berjaya. Ini lah faktor kenapa perlunya setiap manusia berfikiran positif.



Kita akan kurangkan stress, sudah tentu dengan berfikiran seperti ini (positif) akan mengurangkan stress, Stress terjadi apabila sesorang individu tersebut terlalu memikirkan masalah yang hadapi. Walaupun masalah tersebut kecil, tetapi apabila difikirkan dari sudut negatif, individu tersebut akan merasa stress yang amat sangat. Apabila berfikiran negatif, maka negatiflah perkara yang akan dilakukan.

Kita akan lebih bijak bertindak, apabila individu tersebut berkifiran positif, ternyata setiap tindakan dan keputusan yang di ambil akan lebih bijak dan tersusun. Bijak mengatur strategi, Bijak menyelesaikan masalah, Bijak dalam berkomunikasi dan bijak mengawal situasi.

Saya rasa cukuplah apa yang saya tulis dalam entry kali ni. Saya mengharapkan perkara-perkara diatas akan menambahkan lagi keyakinan anda untuk menjadi lebih positif dan berfikiran matang





p/s: adoi, penatnya aku jadi hipokrot sekejap..hahaha, kalau korang copy paste tapi tak kredit...wa pancung lu! hu2




Tag: fikiran positif, cara berfikran positif, positif itu penting, positif dalam hidup, psoitif dalam kerja, cara hidup yang positif, bijak dengan cara positif, berfikiran positif, belajar cara positif, positif dalam pelajaran, cas positif, cas negatif, positif vs negatif, positif sangat baik. kebaikan positif, keburukan negatif, pandai dengan bersikap positif, positif mencari kerja,positif dalam budaya, budaya kerja yang positif, bijak dan positif, bertindak dengan positif, praktikal dengan positif, minda positif. jangan negatif, tekun dalam positif, kerja yang positif. mempraktikalkan positif,


0 Comments to “Pentingnya berfikiran positif..”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...