Klik Sini Jika Anda Berminat Beriklan Dengan Kami

6 Blog Baru Pilihan Untuk 'Blog Day' Nuffnang...

6 Blog Baru Pilihan Untuk 'Blog Day' Nuffnang...






Assalamualaikum..
6 Blog Baru Pilihan Untuk 'Blog Day' Nuffnang...
Pertamanya saya nak ucapkan tahniah kepada Nuffnang untuk 'The 6th Blog Day' pada 31 Ogos ni..
Ops..Nak tanya, Nuffnang tak raya ker??hehe
Saya harap Nuffnang akan terus maju dan maju..

Ok..kali ni saya mengetengahkan 6 blog baru yang aku rasa sangat2 berpotensi dan membaca isi yang baik..

Blog2 tersebut adalah...



Blog semi-personal azrijohan. Tempat berkongsi idea dan pendapat sesama blogger dan para pembaca yang lain. Menyediakan banyak tips dan tutorial mengenai blogging terutamanya mengenai SEO, Alexa, dan juga Page Rank. Mempunyai banyak cerita menarik dan santai untuk tatapan ramai. Juga banyak cerita tentang Najwa Latif. Mempunyai hubungan baik dengan komuniti yang lain dan juga peratusan trafik yang tinggi setiap hari. Yang paling penting sekali, berstatus Gliterrati kerana amat setia dengan Nuffnang.


Ini pulak Blog personal. Blog ni menceritakan tentang cerita personal si penulis blog.Disamping tu juga, blog ni  sangat simple, ringan dan mesra pembaca. Ini disebabkan kurangnya widget yang boleh memberatkan blog. Penulisan blog ini meluas dan itulah sebab kenapa tagline blog ini ialah all in one blog. Kerana dengan tagline begini. Si penulis blog bebas menulis pelbagai artikel dan tidak khusus hanya kepada satu jenis sahaja. Blog ini juga bersifat santai, ayat yang mesra dengan pembaca dan mudah difahami. Ini antara sebab kenapa saya memilih blog ini untuk diletakkan didalam 6 pilihan blog baru pilihan saya.


Blog peribadi yang banyak menceritakan tentang fotografi, pekerjaan dan sosial. Seorang guru sekolah menengah dan juga 'free lance' jurugambar perkahwinan. Ada juga berkongsi ilmu berkaitan fotografi dan photoshop. Juga blog ini dijadikan tempat saya berkongsi gambar peristiwa/event di sekolah saya. Blog ini juga baru jer ditubuhkan tetapi mempunyai ranking yang baik di Malaysia. Google jugak telah menaikkan pagerank blog ni kepada 2/10. Ini adalah permulaan baik kepada blog ini.


Ini adalah salah satu blog personal yang menjadi pilihan saya. Blog ini sangat kemas dan mempunyai pilihan warna blog yang menarik. Iaitu blog berwarna merah. Blog ini mempunyai isi yang menarik dan mempunyai pengikut yang ramai. Susunan blog yang kemas dan tersusun. Owner blog ini jugak sangat memberi respon yang baik kepada pembaca dan meninggalkan komen di blog dia.Blog ini juga selalu updating dan membuatkan pembaca sentiasa mendapat info baru jika datang ke blog ini.


Blog ini adalah berkenaan dengan basikal, eventnya dan gambar-gambar eventnya. Mengandungi semua cerita tentang pelbagai jenis basikal seperti mtb, racing bike dan juga fixie serta bmx. Turut menghebahkah pelbagai acara berbasikal kepada kawan-kawan dengan tujuan menggalakkan penyertaan rakan-rakan kayuhan untuk menyertai acara yang ditawarkan oleh penganjur. Sejak  kebelakangan ini turut memuatkan pelbagai berita penting dan nasihat ugama Islam untuk dikongsi bersama rakan kayuhan yang lain. Blog ini juga sesuai untuk peminat basikal Malaysia.


Ini adalah blog terakhir pilihan saya. Blog ini terkenal dengan rekaan grafiknya yang sangat cantik. Blog ini bertemakan tentang isu-isu semasa tidak kira dalam atau luar negara.Blog ini juga mengandungi unsur-unsur hiburan, Tips berblog dan juga tutorial kepada blogger-blogger baru. Jadi Ini menjadi faktor utama kenapa blog ini menjadi pilihan saya.

Ok... 
Berikutlah pilihan blog baru yang saya pilih..
Ok..jadi kepada sesiapa yang nak join jugak contest ni..
Boleh lah ke SINI (Open New Tab)

Happy Blogging :D












0 Comments to “6 Blog Baru Pilihan Untuk 'Blog Day' Nuffnang...”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...