Klik Sini Jika Anda Berminat Beriklan Dengan Kami

Permohonan Maaf Gaysec Kepada Arlene Tan

Permohonan Maaf Gaysec Kepada Arlene Tan



Assalamualaikum...

Berikut adalah permohonan maaf Gaysec kepada Arlene Tan di atas tuduhan kes makcik Hajjah Sitt Alwuzara..




assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,



kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini

tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa

kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg

sebenarnya.



Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong

beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat

berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam

mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.



Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara

umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi

lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.

Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan

beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri.

Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.



Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan

atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.



Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al

Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?



kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi

sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.



Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa

#Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang

bulan puasa ini. Insyallah.



Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini

semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`.

Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara

ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`,

dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan

data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap

untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna

anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia

siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman

sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang

kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan

cuba fikirkan.



Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama

sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :).
Sumber Gaysec
P/s: kepada siapa2 yang dulu berkompang dengan cerita Arlene Tan ni... baik post entry macam ni... da  gembar gemburkan pasal dia... sekarang bersihkan nama dia..


Permohonan Maaf Gaysec Kepada Arlene Tan


0 Comments to “Permohonan Maaf Gaysec Kepada Arlene Tan”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...