Klik Sini Jika Anda Berminat Beriklan Dengan Kami

Apa Tujuan Wanita Pakai Seksi?

Apa Tujuan Wanita Pakai Seksi?


Seksi x? haha




Assalamualaikum..Apa Tujuan Wanita Pakai Seksi? Korang tahu? Hanya wanita jer yang tahu kenapa mereka begitu... Kenapa diaorang pakai macam nak berbogel.. Kenapa diorang pakai macam nak terkoyak baju.. Kenapa diorang pakai baju ketat-ketat.. Pakai baju yang dedah-dedah sana-sini. Tapi kita kena ingat bila pakaian seksi dan mengoda jiwa ni. Dalam sedar tak sedar. Kita sama-sama berdosa. Yer la. Ramai yang berpakaian seperti telanjang pon ada. Terlalu ketat. Pergh, sungguh menghayat hati. ish2.


Bila aku persoalkan perkara ni pasti akan ada desas-desus mempertahankan diri.
Antaranya :-
"Panas r pakai besar-besar"
"Rimas, Lemas kata engko"
"Ini lah trend masa kini'
"Aku yang seksi,bukan kau'
"Ada aku kisah?"
"Sebenarnya yerkkkk" (versi Johan Chefwan)

Tapi dalam sedar tak sedar, dengan cara begitu, diorang telah mempergandakan dosa mereka.. Kesian..
Yang laki yang duduk tengok dapat, yang duduk tayang pon dapat..
"Ada aku kesah?"

Untung bila kahwin dapat anak..


Tunggu cukup tahun, ada lah cerita... "Ohhh, mengandung dah yer... Rezeki ler tu..saper bapaknya?"
Mula la waktu tu... "Ada aku kesah?" aka Errrr.. Errr
Ramai yang akan kata.. "aku nak cari yang baik-baik untuk pasangan hidup. Maklumlah nak anak solehah"
Tapi, kita kena sedar yang wanita baik untuk lelaki yang baik macam aku. #eh? sorry silap..hehe


Jadi untuk mendapatkan wanita yang terbaik, kena la jadi yang terbaik dulu. Ni tak, Bini nak baik. Laki macam hantu. Suami nak warak, Isteri macam? burung hantu.haha..
Jadi la yer.. Kalau di dunia ni kita bagi alasan pelbagai. Jangan haraplah boleh berjaya. Sebab orang yang tak bagi alasan. akan dapat apa yang dihajatinya. hu2

Alasan lain yang selalu aku dengar. "Tak dapat hidayah lagi la, maklumlah muda lagi'. Hidayah tak datang sendiri.. Hidayah kena cari.. banyakkan doa.. Sebab Allah takkan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mahu berubah. betol x?

Maybe yang ada baca entry ni akan kata aku poyo giler. Tapi hakikatnya korang kena sedar. Yang dosa itu, sama-sama dapat..

Aku ingatkan sebab I lebiu kat korang..haha


Yang paling aku tension tadi masa exam. Mak ai.. Ketat giler.. terlopong aku kejap.. Dan apa yang aku study tadi pon kelaut semuanya.. Hilang bagai ditiup angin.. Mata lelaki beb.. Kalau aku tak tertengok dan terus menengok.. Aku bukan lelaki tulen lah.. Takkan aku gay kot? Lelaki gay? pergh geli yang amat.. Nak ambil exam pon nak stress kan orang lain dengan pakai baju yang ntah menda2.. Yang ketat-ketat Mungkin dia rasa dia tak cantik, so dia pakai apa-apa pon bukan ada orang nak tengok.. Jawapan aku senang jer.. " Anda silap"

Di ketika orang menjawab exam.. Anda mengutip dosa disebabkan pakaian anda yang mencolok mata tu..
Jadi pikir-pikirlah..
Aku tak nak berleter panjang kang kata aku minah bebel pulak.. Tapi kita manusia nie.. Sama-sama lah ingat mengingat.. Dunia ni bukannya tempat selama-lamanya..

Mana lah tahu lepas aku post entry macam ni ramai yang pakai seperti orang Islam normal.. mungkin 1 % orang yang berbogel tu pakai dengan sebetulnya..Meningkat pahala.. InsyaAllah.. yang share? mesti dapat saham gak kan? Tak nak saham? kalau nak meh kiter kongsi dengan tekan butang share kat bawah ni...hehe

Jadi, untuk laki dan wanita sekelian.. Tak nak ker anda simpan apa yang anda ada untuk pasangan anda yang tercinta nanti?

p/s: Entry santai.. ada tersurat ada tersirat..

Bakal bini aku... jangan jeles..haha


0 Comments to “Apa Tujuan Wanita Pakai Seksi?”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...