DRB Hicom Beli Proton
Assalamualaikum... Hari ni kita cerita pasal DRB Hicom Beli Saham Proton 3 Billian.. Mesti ramai yang pelik aku sekarang banyak bermain dengan entry seperti ni.. Tapi nak buat macam mana.. Blog ni luas.. Kita boleh berkongsi macam-macam cerita.. Sekarang kita cerita tentang DRB Hicom Beli Proton Holding..
Ok, Saper tak kenal pemilik DRB Hicom ni memang aku rasa pelik la... Jutawan Melayu Terkaya kat Malaysia ni yang berjaya membida proton nie.. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary la orangnya yang berjaya membeli Proton tu.. aku kenal sangat orang nie sebab aku kena buat assignment pasal dia baru-baru ni..hehe..
Maklum r.. student banking.. kena r ambil tahu gak pasal bisnes2 nie..hehe
Aku dipahamkan Khazanah Malaysia Berhad yang menjual 42.74 % kepentingan mereka dalam Proton Holding tu.. Jadi secara tak langsung hampir semua la yang terjual..hehe Dengan pembelian DRB-Hicom keatas Proton ni.. Aku ambil sedikit petikan daripada BHarian..
"Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dalam satu kenyataan semalam, mengumumkan penjualan 42.74 peratus kepentingannya dalam Proton Holdings kepada DRB-Hicom Bhd pada harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.
Harga itu mewakili premium 6.2 peratus berbanding harga saham Proton Holdings pada penutup dagangan di Bursa Malaysia pada Jumaat lalu, sebanyak RM5.18 sesaham."
Proton yang dijual kepada DRB-Hicom ni juga boleh membawa impak kepada kemajuan ekonomi.. Ini memandangkan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah orang yang berpengaruh di Malaysia dan adalah jutawan Melayu yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia di mata dunia.. Dengan pembelian Proton ni sekurang-kurangnya boleh juga menaikkan nama buatan Malaysia dan juga memperkenalkan Proton di mata dunia..
Dengan keluarnya artikel seperti ini dari dada akhbar maka Jual Beli Proton boleh dikatakan Selesai.. Jadi tak perlu la ade lagi gosip-gosip dan cerita-cerita belakang tabir yang boleh memanaskan telinga ni.. betol x?
Jadi mari kita menyokong pemilik baru Proton Holding ni supaya ekonomi Malaysia dan juga barangan buatan Malaysia ni dikenali ramai...
Aku secara personalnya mengucapkan tahniah la kat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sebab lepas aku mengkaji cerita hidup dia dan juga cerita Yayasan Al-Bukhary. Aku menjadi kagum dengan cara dia berniaga dan membelanjakan hartanya.. Rasanya separuh hartanya digunakan untuk membantu orang yang memerlukan.. Jadi tu yang menjadikan aku kagum gila dengan beliau..
P/S: Kalau orang lain kaya.. Kemana lah duit tu..hu2
Proton Inspira yang bagi aku terliur.
Tweet |
Wednesday, January 18, 2012 | Kategori : Business | Ekonomi | Isu Semasa | Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments to “DRB Hicom Beli Proton”
Post a Comment