Klik Sini Jika Anda Berminat Beriklan Dengan Kami

Persembahan Malam Apresiasi Mantan JKPS DPP UUM

Persembahan Malam Apresiasi Mantan JKPS DPP UUM.. Malam sempena meraikan orang-orang kuat JKPS dalam menjayakan segala projek dalam UUM. Dan aku diberi peluang untuk mengadakan persembahan sempena malam tersebut. Walau pun aku tak bersedia 100% tapi aku mencuba sedaya upaya memberi persembahan terbaik bagi memuaskan hati semua orang yang memberi aku peluang untuk membuat persembahan pada malam yang bahagia itu iaitu Malam Apresiasi Mantan JKPS DPP UUM.
Aku pada malam tu menyanyikan lagu duet Ezad dan Eva iaitu "Dua Insan sedang bercinta".. Memang gementar sebab.. tak pernah nyanyi berdepan dengan orang kuat UUM. Tapi aku cuba juga dan mengambil semua ini sebagai pengalaman sepanjang aku belajar di UUM.. cheeewaaahh.
Ok.. Untuk Malam Apresiasi Mantan JKPS DPP UUM ni VIP yang hadir ialah Dr Amy Azhar Pengarah Hal Ehwal Pelajar UUM dan semua pengetua Dewan Penginapan Pelajar (DPP) di UUM. Kalau korang kali pertama buat persembahan kat orang besar-besar ni. Korang takut tak? Kalau korang takut.. aku pon takut..hahaha


JKPS DPP MAS 2011
JKPS DPP MAS 2011
Dalam persembahan ni adalah sedikit masalah. Maklumlah praktis kurang kan.. Jadi aku taknak lah share video kat sini..haha.. Kalau persembahan dilain hari. Mungkin aku akan kongsikan dengan korang setiap video persembahan yang aku buat.
Korang tahu kan ini program Dinner.. Tetapi, makanan kat depan aku langsung tak terusik sebab terlalu gementar sangat... Mana tidaknya. Semua yang membuat persembahan malam tu semua best2. dan aku membuat persebahan kedua terakhir.. Memang menberi tekanan kat aku.. Tapi aku belajar ler macam mana cara nak kawal tekanan macam tu.. Caranya dengan senyum tak ikhlas..haha
Lepas jer aku buat persembahan.. Aku pon bergaya sakan kat luar dewan. Maklum lah.. Tekanan dah habis.. Bila aku keluar jer... Aku ternampak beberapa orang geng blogger dari UUM turut hadir untuk dinner ni.. Dalam hati kati 'bapak r, gila malu!'. haha

Rakan Blogger UUM
Rakan Blogger UUM
Haa... macam? rasa gleme sat tak? hahaha xde la gurau jer.. Ramai gak blogger UUM yang datang antaranya AtikahAqilahIma, dan Mawar Berduri.
Tu yang dalam gambar.. Yang luar dari gambar pon ada iaitu Shaharil, dan pasangan duet aku Ain Zulaikha..
Ok la.. Aku rasa cukup lah aku conteng kat sini.. Nanti aku kongsikan lagi di entry yang lain :D



0 Comments to “Persembahan Malam Apresiasi Mantan JKPS DPP UUM”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...