Klik Sini Jika Anda Berminat Beriklan Dengan Kami
Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Melepak Di Gambang Water Park Pahang

Melepak Di Gambang Water Park Pahang..



Alhamdulillah, akhir nya aku berada di Kuala Lumpur dan sempatlah aku nak mengupdate blog yang tercinta ni... Aku baru2 ni merasa untuk bermain air di Gambang Water Park... Satu2nya Taman Tema tempat permainanan air water world yang berada di Pahang Darul Makmur..

14 comments.


IFTAR - Restoran Lavagrill Burger Seri Serdang

IFTAR - Restoran Lavagrill Burger Seri Serdang

Assalamualaikum... Hari ni aku dapat pulak jemputan dari bro BenAshaari untuk join team dia Kelab Blogger BA berbuka di Restoran Lavagrill Burger Seri Serdang, Selangor..


Antara blogger yang hadir Que Achmad dan isteri , Pembawa Wacana dan keluarga , admin Fuh.my , MawardiYunus , Shawn , Najeeb , MK Syahir, Faizal Fredley , Dkna Abza dan tunang , Sueizza dan tunang , Qaseh Dalia , Yan Ty , Miezarx..



Kami bermula dengan berkumpul di Masjid Putra, Nak tanya sapa paling awal? aku sampai dalam pukul 6 dari Kuala Lumpur.. Lepak2 dulu melihat keindahan Masjid Putra..

9 comments.


IFTAR - Bersama Denai Hati Di Hotel Singgahsana Petaling Jaya

Assalamualaikum..

Blogger hebat2 semua ni :D

Alhamdulillah rezeki di bulan ramadan tahun ni memang melimpah ruah..hehe.. Kali ini saya dapat join program bersama Denaihati.. Denaihati menganjurkan sebuah Iftar yang mengumpulkan seramai 135 blogger dan keluarga blogger di Hotel Singgahsana Petaling Jaya..

Tinggi betul orang depan ni hehe


Ramai jugak blogger glemer amos yang aku jumpa di Iftar kali ni..Antaranya Denai Hati, Faizal Fredley, Azman Ishak, Hafiz Rahim, Azmanisma, Sumijelly, Aina, Anarm, Shakiddo, Jamar Bahar, Eyriqazz, Hilal Azmi, Hazman, Ishak Ismail, Yanayassin, Abang Ensem, Bro Framestone, Namia, Akma Omar, Eizil, Melastik Bintang dan ramai lagi... takkan nak mention 135 orang kot..hehe

8 comments.


Nizam Ijam Dalam Citra Orang Muda Utusan Malaysia

Nizam Ijam Dalam Citra Orang Muda Utusan Malaysia..




Assalamualaikum... Alhamdulillah.. tak sangka dan tak di duga yang blog yang sempoi mcm ni pon mendapat tempat di dalam blogger pilihan Citra Orang Muda Utusan Malaysia... Perbualan hanya di buat melalui pangilan telefon sahaja.. Kalau nak tahu apa soalannya kena dapatkan Utusan Malaysia 30 Mac 2013 la k..hehe

20 comments.


Lepak Di Bukit Bendera..

Lepak Di Bukit Bendera..


Assalamualaikum.. ade pon masa nak update blog.. tu pon sebab ade benda nak cerita... hehe baru-baru ni lepas jer aku pos barang2 customer.. aku pon mencuri kesempatan masa yang ada tuk jalan2 ke Bukit Bendera salah satu tempat bersejarah di Pulau Pinang..

10 comments.


Bermula Kerjaya Aku..

Bermula Kerjaya Aku..




Assalamualaikum... dah lama x update blog... maklum lah duduk di Kg... X de line internet... ni baru nak rasa pakai internet... Hehe... Kepada yang tanya kat aku bila aku nak update... ni la masanya aku nak update....

Alhamdulillah... aku dah pun dapat kerja... tetap atau tak tu... tu xtahu lagi lah.. sebab aku masih lagi dalam tempoh try... Seminggu jer aku mengangur kat rumah... Alhamdulillah.. ada jugak kerja aku... hehe.. dari pada duduk kat rumah menghabiskan beras jer... Elok aku cari keje... Boleh jugak tamnbah duit poket... Kan?

56 comments.


Lepak di Lata Kinjang Perak

Lepak di Lata Kinjang Perak..



Assalamualaikum...
Ada peluang nak taip entry... aku baru jer lepas antar report praktikal aku kat lecture..harap semuanya berjalan lancar.. Entry ni aku nak kongsikan dengan korang tentang percutian aku semasa cuti raya haji itu hari...

Alhamdulillah.. aku sempat untuk pergi bercuti kat Lata Kinjang Perak, satu destinasi yang dicadangkan dalam tahun melawat Perak... Jadi dah ade kesempatan ni.. Aku pun tak melepaskan peluang untuk pergi melihat sendiri tentang keindahan Lata Kinjang ni..

Jadi aku kongsikan dengan korang gambar2 Lata Kinjang... ada yang aku tangkap sendiri.. dan ada yang aku ambil kat Google :)

66 comments.


Aidil Adha 2012 di Ipoh Perak..

AidilAdha 2012 di Ipoh Perak..

Assalamualaikum...

Menyemat di pagi raya... hehe


Alhamdulillah, 25 hb Oktober 2012, aku pon berjaya menamatkan praktikal aku di UUM... dan 26hb Oktober 2012 kita pun beraya haji... Oleh kerana aku memikirkan kos dan masa.. Aku memilih untuk beraya di rumah family angkat aku di Ipoh Perak :)

43 comments.


Mengajar Kelas Asas Membuat Blog

Mengajar Kelas Asas Membuat Blog..

Assalamualaikum....

Hari aku berkesempatan nak update blog walaupun tak beberapa sihat.. Yer r, blog kena update walaupun tak de orang nak baca..HAHA..



Entry kali ni aku nak tulis pasal aku pergi mengajar budak-budak sekolah mengenai asas membuat blog... Dan memang seperti yang aku jangkakan.. Tak ramai yang tahu asas membuat blog walaupun blog ni dah di ciptakan lebih lama... Yerp.. lebih lama daripada Facebook yang korang duduk hadap selalu tu.

34 comments.


Faizal Tahir di Pesta Konvo UUM 2012..

Faizal Tahir di Pesta Konvo UUM 2012..

Assalamualaikum... seminggu sekali jer sekarang masa untuk aku update blog... Tapi tak per la kan.. still update dr x update langsung... Baru-baru ni.. UUM memulakan pesta konvo kali ini dengan menjemput Faizal Tahir... Penyanyi paling popular 2010...



Aku sekarang yang sibuk dengan praktikal dan free di malam hari ni.. Memang tak melepaskan peluang la... tuk tengok sama persembahan Faizal Tahir ni...

Faizal Tahir menyanyikan lagu Bencinta, Selamat malam dan juga Gemuruh... Tak banyak tapi sudah cukup untuk memberi kepuasan kepada semua yang hadir pada malam itu...

Aku share kan dengan korang gambar2 yang aku tangkap guna HP... Minta maaf dengan kualiti.... sebab aku x jumpa lagi gambar2 persembahan FT yang di tangkap mengunakan DSLR.. So asal ade jer r yer..hu2

15 comments.


Konsert Diraja Anuar Zain

Konsert Diraja Anuar Zain...


tiket nilai RM50


Assalamualaikum... ok hari ni aku nak kongsikan tentang konsert Di raja yang diadakan di Dewan Muadzam Shah UUM. Seperti biasa lah... Jejaka idaman Melaya ni yang glemer sangat dengan lagu Sedetik Lebih ni.. dah pasti satu yang di nanti-nantikan oleh orang yang tinggal di UUM dan kawasan sekitar... Maklum r artis eksklusif katakan...

16 comments.


Kenangan Syawal 2012 - Beraya sakan dengan kengkawan...

Kenangan Syawal 2012 - Beraya sakan dengan kengkawan... 

Assalamualaikum... sempat jugak aku nak update blog... Syawal pun belum abis... So aku nak cerita pasal beraya la... Alhamdulillah, raya tahun ni boleh jugak dikatakan agak meriah sebab dapat jumpa semua family.. dan juga sedara mara walaupun aku tak berapa mampu dari segi kewangan.. Betullah.. selagi ada kemahuan, di situlah ada jalan kan.. so aku dapat lah beraya dengan family, sedara dan juga kawan2...



Awal Syawal, macam biasa, beraya dengan family dan juga rumah sedara sebab rumah sedara mara belah mak aku semua dekat2 rumah aku jer.. jadi aku lepak rumah sedara dan juga menghabiskan makanan dan elektrik tv umah mereka...HEHE

Syawal berikutnya, aku pon melepak kan diri aku dengan kawan2 yang pernah setingkatan dengan aku masa sekolah menengah dulu... Alahamdulillah, semoga hubungan yang ada terjalin erat sehingga ke akhir hayat.. :)


Berkesempatan juga aku melawat rumah kawan2 dan juga rumah cikgu aku masa di tingkatan dulu... Alhamdulillah semua sihat...
Tahniah jugak kepada kawan aku yang dah berjaya menamatkan zaman bujangnya.. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. :)

15 comments.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya 2012 Maaf Zahir Batin 




Assalamualaikum... selepas beberapa hari aku pulang kekampung... kali ni sempat aku update blog sebab da balik semula ke UUM... ok Entry ni mungkin tak panjang.. sebab aku sekadar ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... kepada semua yang mengenali diri ini tidak kira di alam maya atau pun di alam nyata... HEHE



Aku jugak nak kongsikan kad raya digital aku.. HEHE dicipta pada raya pertama dalam masa 5 minit jer.. HAHA... nak pos dah tak sempat.. Jadi kad raya disini pon memadai... kan?? aku jugak nak mintak maaf dan halal kan sekiranya ada termakan terminum terambil terumpat dan pelbagai terrrr lagi sepanjang aku hidup di bumi ni... Maklum lah sebagai manusia kita tak terlepas dari dosa kan... hope korang leh memaafkan aku... HEHE...

Akhir kata sekali lagi...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :D

24 comments.


Lepak Dengan Blogger 1 - AbgTeror dan Wancikgumuzik

Lepak Dengan Blogger 1 - AbgTeror dan Wancikgumuzik

Assalamualaikum.. Puasa ker hari nie? HEHE.. Jangan duk tinggal pulak... Kang puas nak menganti.. Ok baru-baru ni aku update pasal Aku berbuka puasa kat KFC.. Pekena KFC Green Curry ... Dan kali aku nak update pulak pasal aku melepakkan diri bersama orang-orang hebat dalam blogger.. Nama blognya.. AbgTeror dan jugak Wancikgumuzik..

Sebelum aku deal dengan Abgteror untuk lepak.. Aku dah lepak dulu dengan Wancikgumuzik.. Aku lepak dengan dia kat Yasmeen Arau

Yasmeen Arau, Gambar cilok GOOGLE

Boleh kata aku kata pertemuan dengan Wancikgumuzik ni sebagai perkenalan r... Yer r, selama 3 tahun aku belajar di UUM, aku xsempat nak nak lepak dengan blogger kat Utara ni.. Jadi ade kesempatan ni.. Lebih aku gunakan elok-elok... HEHE

27 comments.


KFC Green Curry Combo.. Juadah berbuka

KFC Green Curry Combo.. Juadah berbuka 




Assalamualaikum... Hari ada mood nak update,cerita semalam.. aku tak tahu nak berbuka kat mana.. Sebab UUM dah takde orang.. Biasa r hujung minggu, semua dah balik kampung.. Jadi tinggallah aku terkapai-kapai tak tahu nak mencekik kat mana... HEHE

11 comments.


Mencari mood berblog semula..

Mencari mood berblog semula....






Assalamualaikum...

Lama tak dengar khabar blog ni... Aku sekarang tengah sibuk menyibuk dan menjadi penyibuk sejak bermula alam menjadi praktikal laaa nii... HAHA.. ok, sekarang aku agak sibuk dengan praktikal dan beberapa majlis berbuka puasa... Maklum lah... dah separuh bulan dah puasa..hehe

16 comments.


Bermulanya praktikal..

Bermulanya praktikal..



Assalamualaikum... Dah lama dah tak update blog... hari ni pulak ade mood nak update... so aku nak citer bermulanya aku praktikal di UUM.. Semua yang sama semester dengan aku semuanya praktikal di kampung diorang... Untunglah kampung ade tempat nak praktikal..hu2...

11 comments.


TQ Wish.. Happy Birthday To Me.. 25 Jun

TQ for my ____ for this picture




TQ Wish.. Happy Birthday To Me... 25hb Jun 1990 tahun aku dilahirkan.. dan tahun ni birthday aku antara yang paling baik dalam hidup aku... Sebab banyak menda berlaku pada tarih ini iaitu 25 Jun 2012.. Apa menda yang berlaku?

14 comments.


Penangan Gloria Jeans Coffees..

Penangan Gloria Jeans Coffees..Malaysia.. Coffee atau kopi dalam bahasa Melayu nya. Gloria Jeans Coffees ni adalah satu jenama yang hebat diluar negara dan sekarang sudah masuk kedalam pasaran Malaysia.. Dan semalam aku dah merasa kopi tu di Tapak Karnival Kerjaya UUM :)



Jeles? Jangan lah jeles..haha.. tak silap aku harga secawan kopi tu mencecah RM 15 setiap satu.. Dan aku antara yang bertuah kerana dapat merasa Gloria Jeans Coffees dalam keadaan FREE.. yeah! Macam mana boleh dapat Free? Sabar ler... aku nak cerita la nie...

4 comments.


Bila Gambar Aku di Zombie Kan..

Bila Gambar Aku di Zombie Kan... Apa khabar? Sihat? Pernah tengok cerita Zombie? bercita nak jadi Zombie? Nak jadi kan zombie sebagai kerjaya? haha.. Aku melawak jer.. sila abaikan kalau x lawak.. Aku nak tunjukkan hasil kerja aku selama 3 jam selepas bosan tak tahu nak buat apa.. Aku pon mengambil keputusan untuk menghilangkan bosan aku dengan membuat muka zombie..keh2



Dengan membuka Photoshop CS3.. aku pon memulakan kerja aku yang membuang masa ini.. keh.. haha tapi aku nak tunjukkan hasilnya selepas 3 jam aku siapkan untuk menukarkan muka aku menjadi zombie.. Lepas ni boleh la Mamat Khalid ambil aku jadi pelakon.,.kah2..
Taaadddaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

8 comments.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...